Thursday, 3 March 2011

Berdebarnya…

Salam ukhuwah. Sudah terlalu lama diri ini tidak menulis. Niat di hati memang mahu istiqamah. Namun, kekangan masa dan putus wireless, menyebabkan sering bertangguh untuk menulis. Hari ini sudah hampir sebulan saya berpraktikum di salah sebuah sekolah di Slimriver. Ujian dan cabaran sentiasa dihadapi. Dengan anak murid, guru-guru, pihak pentadbiran dan masyarakat sekeliling. Pada awal saya di sana, memang menggelabah dan memenatkan. Mana tidaknya, esok nak mula sekolah, rumah yang ingin disewa berkunci dan tidak berkemas. Kami dimaklumkan bahawa tuan rumah agak lambat buat kerja. Sudah berkali-kali diingatkan tapi masih buat kerja last minute. Mak ayah mula risau. Saya rasa sedih sangat dan tertekan. Syukur, akhirnya, ada seorang empunya kedai perabot sudi memberi kami bermalam di rumahnya. Selepas seharian di sekolah, kami nekad, mahu masuk ke rumah sewa juga. Namun, belum ada rezeki lagi. Saya masuk rumah tu pun sakit kepala. Jin banyak sangat kot. Maklumlah, bersepah. Dengan tuala wanitanya dan segala kotoran. Kami dimaklumkan, penyewa dahulu lari tanpa bayar sewa. Banyak barangnya ditinggalkan. Namun, saya terfikir,bagaimana sebuah keluarga mampu tinggal di rumah yang kotor. Sedangkan bilik untuk suami isteri haruslah dihias bagaikan syurga. Pelik..pelik..Kemudian, kami menginap di Klinik Rawatan Islam Ustaz yang saya rapat. Ustaz beri kebenaran sebab beliau hanya merawat di waktu siang. Namun, yang menggelikan hatiku, tatkala nak masuk klinik tu, pasti orang akan melihat. Barangkali mereka ingat saya kerasukan. Ada suatu peristiwa, seorang kanak-kanak bercakap,” eei..takut..hantu..”. Saya agak pelik..Muka aku ni macam hantu ke? Kalu tak silap, gigi taring aku tak terkeluar. Muka pun macam orang melayu walaupun ada tok guru beritahu aku ada iras orang arab. Hehehe..terperasan dah..Selepas seminggu, barulah kami dapat duduk di rumah sewa. Sangat selesa selepas dibersihkan. Berpatutan harganya. Ada televisyen, katil, almari dan wireless. Mula-mula, nak bersihkan tandas, memang saya tak lalu. Namun bila dimaklumkan, tok guru nik aziz kalu tak silap, penah basuh tandas, lantas ku kuatkan semangat untuk bersihkan jua. Jam 6.45 pagi sudah keluar ke sekolah. Maklumlah 7.20 pagi pelajar dah beratur di perhimpunan. Penah satu ketika, kami kesiangan. Bangun jam 6.30 pagi. Menggelabah la kami dibuatnya. Akhirnya ketinggalan bas. Kami jalan kaki dekat 15 minit. Tu pun masih belum sampai ke sekolah. Ku pujuk hati ini,” tak pe. Sabar..bila lagi nak merasai pengalaman jalan kaki”..huhu..Kemudian, kami meminta seorang lelaki yang kelihatan baru membeli surat khabar untuk menghantar kami sekolah. Syukur, akhirnya sampai juga ke sekolah. Begitulah liku-liku yang saya hadapi sepanjang berpraktikum. InsyaAllah, akan datang, saya kongsikan lagi tentang pengalaman sebagai pendidik.

No comments:

Post a Comment